Bersediakah Kita Untuk Hadapi Masa Itu

Bekalan untuk menghadapi masa itu,
adakah mencukupi...
adakah bersedia...
adakah sempurna...
atau mungkinkah sebaliknya...

Saturday, July 17, 2010

Masa Terus berlalu~



Alhamdulillah,
Bagaikan tidak percaya, diri ini sudah berada di tahun akhir pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia.

Bagaikan rasa semalam, baru ibuku menghantar ku ke kampus UMP.
Bagaikan rasa semalam, baru mendaftarkan diri di UMP.
Bagaikan rasa semalam, baru mengenali kehidupan di universiti.

Selama berada di UMP, banyak perkara yang dipelajari, samada dalam bidang akademik ataupun dalam bidang bukan akademik.
Syukur Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada diriku ini.

Mungkin inilah namanya perjalanan hidup sebagai seorang manusia. Penuh dengan kesibukan dunia, penuh dengan cita-cita, penuh dengan cabaran dan dugaan, penuh dengan kesedihan, penuh dengan kegembiraan, penuh dengan tipu daya dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T,
Manusia dijadikan di dunia ini adalah sebagai seorang khalifah untuk memakmurkan bumi Allah S.W.T

Inilah ayat yang diri ini pegang selama ini, sebagai manusia, seharusnya sentiasa perlu memakmurkan bumi Allah dengan melakukan pelbagai kebaikan dan bukannya kemungkaran. Jika kita terus hanyut dengan kemungkaran dan kelalaian, nescaya, kita akan rugi dan akan mendapat balasan dari Allah S.W.T. Nauzubillah..

Apabila sudah capai di tahun akhir pengajian, pemikiran mula menjadi sentiasa memikirkan masa hadapan. Dalam diri ini, penuh dengan perancangan. Tetapi, ingatlah perancang yang terbaik adalah Allah S.W.T

Penguasaan isu di sekeliling kita seharusnya dikuasai oleh semua. Dengan penguasaan ini,pemikiran kita akan semakin matang dan segala tindakan kita juga akan menjadi seperti orang dewasa bukannya kanak-kanak lagi. Kanak-kanak hanya memikirkan keseronokan semata-mata, tidak hiraukan keadaan sekeliling. Tetapi, sebagai orang dewasa ataupun pemuda negara seharusnya memikirkan ke hadapan dalam setiap aspek samada politik, kewangan, pembangunan, pengurusan dan sebagainya.

Masa terus bergerak,
dalam masa setahun diri ini akan menamatkan pengajian, insyaAllah.

Pemikiran yang matang seharusnya diterapkan dalam diri masing-masing. Bukan hanya membiarkan sebarang perkara berlalu begitu sahaja, tetapi seharusnya sama-sama menilai dan pandang dengan mata hati dalam setiap perkara yang berlaku di dalam kampus, luar kampus, dalam negara ataupun luar negara.

Sama-sama doakan kesejahteraan kita semua dan semoga kita menjadi seorang yang berjasa kepada masyarakat, insyaAllah...

No comments: