Bersediakah Kita Untuk Hadapi Masa Itu

Bekalan untuk menghadapi masa itu,
adakah mencukupi...
adakah bersedia...
adakah sempurna...
atau mungkinkah sebaliknya...

Sunday, July 18, 2010

Pemuda Pemudi~

Malam tadi, diberi kesempatan untuk keluar makan bersama ibu dan ayah di Restoran Taj. Apa yang ingin diperkatakan di sini adalah mengenai pemuda pemudi zaman sekarang. Kerisauan dalam hati terasa tatkala melihat pemuda pemudi ini di luar. Kelakuan yang kurang menyenangkan dapat ku simpulkan.

Lelaki perempuan keluar berseronok bersama-sama. Mungkin dalam pemikiran mereka adalah keseronokan. Apa yang menyebabkan diri ini kurang senang apabila adanya penjualan Shisha di sebelah restoran. Anak-anak muda ini mengambil kesempatan untuk merasa sama 'kelazatan' shisha ini.

Beginikah anak muda yang dilahirkan oleh negara kita. Adakah mereka ini yang akan menjadi pemimpin negara. Adakah ini yang pemimpin negara ingin lahirkan. Fikir-fikirkan.

Sama-sama kita doakan supaya ahli keluarga kita atau sesiapa yang kita kenali TIDAK SESEKALI terjebak dengan aktiviti yang tidak sopan dan tidak membina diri.

Apa yang harus dilakukan kini, adalah pihak pimpinan negara seharusnya memikirkan modus operandi untuk mengurangkan gejala sosial di kalangan pemuda pemudi ini. Fikirkan, bahawa mereka ini lah yang akan memimpin negara satu hari nanti, mereka inilah yang akan memimpin keluarga satu hari nanti dan mereka inilah yang akan mencorak negara untuk akan datang.

Sama-sama fikirkan. Wallahua'lam.

No comments: